Sunday 12 June 2011

Aku Hanya Biasa

Maafkan aku...
Hati dan Jiwa aku memang sensitive
mudah tersentuh..
walau hanya sekecil zarah..

Mungkin ini masanya
aku akan mengenalimu lebih dekat..
Mungkin ini dugaan yang Tuhan uji...

Aku cuma ingin kau tahu
aku hanya ingin di sayang..
di manja..
aku pasrah dengan jalan cerita ini..
Tuhan telah aturkan semua ini untuk aku..
Sejak aku lahir dan melihat dunia..

Aku selalu berdoa agar Tuhan kabulkan doaku..
Berbahagia selalu di sampingmu..
Hingga hujung nyawa...

Tuesday 26 April 2011

Chintahati

di keheningan malam..
tiba2 aku sangat rindukan chintahati yang kukenali dulu..
aku memang sangat rindukannya..

mana chinta hati yang dulu..
pulangkan..
aku merinduimu...
yang dulu..
hargai dan menghargai...

Sunday 24 April 2011

Diary di ALAM MAYA

mengapa aku mudah terasa hati dengannya..
sayangkah dia pada aku..
chintakah dia pada aku..
ikhlaskan dia menerima aku...

adakah semua itu datangnya dari hatinya
atau hanya sekadar
menyedapkan hati..

masa berlalu begitu pantas
pantas dan tidak menunggu kita..

aku cuma ingin dia mengerti..
aku ikhlas,jujur dengannya..
aku chinta dan sayang dengannya..
aku cuba untuk yang terbaik untuk dia..

walaupun dari mulut dia sukar
melafazkan pujian..
sejak aku mengenalimu..
kadang-kadang aku akur dengan ketentuan ini
dan kadang-kadang aku ...........

aku selalu berdoa semuga keharmoniaan,
kebahagiaan,keberkatan sentiasa menyebelahi kita...

aku memang tidak semanis secantik orang lain..
aku tidak berpelajaran tinggi..
aku hanyalah insan biasa...

sukar untuk aku katakan pada dia..
apa yang terbuku ..
aku hanya berserah pada ALLAH swt
semoga hubungan ku kekal hingga akhir hayat...

Wednesday 9 March 2011

Lelaki perlu tahu perempuan

Lelaki perlu tahu yang perempuan :
Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
Halus : Ibarat sehelai... sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. 
NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja.
LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkann ya. “Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. 
WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”  
Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:
Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat.
Senang usahanya nanti…Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan 

Monday 7 March 2011

Berilah Kemaafan itu

Berilah Kemaafan itu..
Tanpa berpaling lagi
pada dendam dan marah..
Memaafkan boleh, melupakan kekadang lebih sukar
tapi apakan daya hanya hamba Allah yang tiada punya apa..
ku ikhlas memaafkan hanya satu ia tidak akan berlaku lg suatu hari nanti..

Terkilan ku hanya sekejap..
Kekecewaan ku hanya sementara...
Tuhan pasti menilainya..
Api kemarahan hanya akan membakar kita bukan orang yang kita marahkan itu..
Semoga Allah merapatkan lg silaturahim antara aku dan dia....

Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’ – innalillah wa inna ilaihi rajiun.
Firman Allah:
“…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” Al baqarah 156

Saturday 5 March 2011

one satu

as salam..
satu permulaan dan satu ceritera yang di catat dari masa ke semasa...